Namaku Katie. Aku dipungut di kedai makan Kampung Pandan. Aku tak tau pun yang aku akan dipungut oleh mereka pada hari ni. Alhamdulilah jugak...makan dan kediaman aku akan lebih selesa dari sebelumnya. Sebelum ke rumah, aku dibawa ke klinik dahulu untuk buat pemeriksaan kesihatan. Doktor kata muka nampak pucat. Banyak kutu yang merayap di badan. Jaga kau nanti kutu...tuan aku sembur dengan ubat kutu nanti, mampus kau. Aku diberi makan ubat cacing. Sekiranya aku sihat walafiat dalam masa 2 minggu. Aku harus diberi injection Vaccine.
Tuan aku jatuh cinta pasal bulu aku yang berwarna putih ni. Sekarang belum putih sangat lagi. Nanti bila tiba saat aku dimandikan pasti lagi putih memancar-mancar. Sebelum masuk ke rumah doktor sarankan aku disemburkan dengan ubat kutu terlebih dahulu. Sebab takut nanti berjangkit dengan kucing yang lain. Kutu ni akan melompat-lompat kepada kucing lain dan aku dilarang bermain bersama. Dua hari aku harus disembur dengan ubat kutu. Selepas 24 jam itu nanti baru aku boleh dimandikan. Tengok kaki dan telinga aku, kotor kan? Banyak perlu diberi perhatian mengenai kebersihan. Nantikan wajah baru aku pada hari-hari akan datang. Tungguuuuuuuu....