Beberapa hari lepas Anje sakit. Cirit-birit dan muntah-muntah. Aku ingatkan dia silap makan. Bila aku tengok badannya makin lemah dan selera makannya sudah tiada. Tapi kami terpaksa suapkan jugak walaupun dia tak nak. Dah sakit kalau tak makan lagi bertambah sakit. Kalau silap makan jadi cirit-birit hanya untuk 2-3 hari je. Ini dah lebih dari hari yang dijangkakan. Kami pun membawanya ke klinik. Rupa-rupanya Anje terkena virus. Aku pun bukan berapa arif sangat pasal virus ni. Dahulu mak aku bela kucing tak pernah pergi jumpa doktor. Kucing-kucing pandai mencari daun-daun untuk dimakan sebagai ubat. Ingat manusia aje yang pandai makan ulam untuk kesihatan. Kucing pun pandai tau...Anje diberi 2 suntikan dan diberikan ubat makan. Alhamdulilah...hari ini Anje dah kembali sihat dan sudah ada selera makan.
Hari ni aku kena bawa Cici dan Ciko untuk diberi suntikan. Sebab kedua-duanya dah mula cirit-birit dan muntah-muntah. Selera makan masih ada dan semangat bermain masih aktif lagi. Kalau dah sakit teruk, doktor serba salah nak bagi injection. Sebab kalau nak bagi injection kucing harus sihat. Itu apa yang doktor beritahu semalam.
Di atas gambar terbaru Anje selepas sihat. Nampak kurus....Takpe dalam beberapa hari nanti dia pasti berisi balik. Dan semakin cute, cute dan cuteeeeeee....