Want your
own Fotopage?






 
SUE FotoPage

By: sue zie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Tuesday, 7-Apr-2009 04:38 Email | Share | | Bookmark
Katie & Anje



Haa, ini dia...Sue persembahkan Katie dengan wajah yang bersih dan jelita. Dua hari disemburkan ubat kutu dan selepas 24 jam barulah Katie boleh dimandikan. Korang nampak tak perbezaan sebelum dan selepas dimandikan? Kalau korang berminat dengan kucing-kucing kat luar tu yang sememang sekali pandang tak cun dengan comotnya, jangan segan-segan kutip je bawak balik ke rumah. Buat macam mana Sue ceritakan step by step, pasti berbaloi dengan berkat usaha korang.



Sekarang Anje dah ada awek baruuuu.... Tengoklah mesra semacam je. Kat mana Katie tido kat situ jugak Anje ada. Tido sama, main sama-sama tapi makan susah nak bersama sebab Katie garang kalau bab pasal makan ni....Pasal makan Katie nak feel sorang-sorang. Tak romantik langsung....

Salam. Comelnye la kucing. Saya nak tumpang tanye skit psl nak hilangkan kutu kat kucing ni. Saya ade kutip anak kucing kat luar beberapa hari lepas dan saya dapati dia ni ade kutu. Minta jasa baik akak tolong advise ape barang dan camaner nak hilangkan kutu tu dari anak kucing? Terima kasih in advance. Tue 26-May-2009 16:41
Posted by:Shah atoi_syah@yahoo.com
Kak Sue, tak de citer terbaru tentang kucing Kak Sue ke? Tue 9-Jun-2009 00:57
Posted by:Rose shima7us@yahoo.com
sekarang dah ada sekor kucing baru...kucing parsi + kucing mable bengal... aku beli 200... skang tengah sibuk dengan design org putih ni, jadi takde masa nak buat cerita tentang kucing2 aku... lagi pun cerita yang sama dan gambar yang sama je... bila senang nanti aku keluarkan cerita kucing terbaru aku.... Mon 15-Jun-2009 14:40
Posted by:sue
View all 10 comments Add comment


Sunday, 5-Apr-2009 02:08 Email | Share | | Bookmark
Katie - Keluarga Baru Sue



Namaku Katie. Aku dipungut di kedai makan Kampung Pandan. Aku tak tau pun yang aku akan dipungut oleh mereka pada hari ni. Alhamdulilah jugak...makan dan kediaman aku akan lebih selesa dari sebelumnya. Sebelum ke rumah, aku dibawa ke klinik dahulu untuk buat pemeriksaan kesihatan. Doktor kata muka nampak pucat. Banyak kutu yang merayap di badan. Jaga kau nanti kutu...tuan aku sembur dengan ubat kutu nanti, mampus kau. Aku diberi makan ubat cacing. Sekiranya aku sihat walafiat dalam masa 2 minggu. Aku harus diberi injection Vaccine.

Tuan aku jatuh cinta pasal bulu aku yang berwarna putih ni. Sekarang belum putih sangat lagi. Nanti bila tiba saat aku dimandikan pasti lagi putih memancar-mancar. Sebelum masuk ke rumah doktor sarankan aku disemburkan dengan ubat kutu terlebih dahulu. Sebab takut nanti berjangkit dengan kucing yang lain. Kutu ni akan melompat-lompat kepada kucing lain dan aku dilarang bermain bersama. Dua hari aku harus disembur dengan ubat kutu. Selepas 24 jam itu nanti baru aku boleh dimandikan. Tengok kaki dan telinga aku, kotor kan? Banyak perlu diberi perhatian mengenai kebersihan. Nantikan wajah baru aku pada hari-hari akan datang. Tungguuuuuuuu....

Care to comment?


Tuesday, 31-Mar-2009 23:33 Email | Share | | Bookmark
Anje Sakit



Beberapa hari lepas Anje sakit. Cirit-birit dan muntah-muntah. Aku ingatkan dia silap makan. Bila aku tengok badannya makin lemah dan selera makannya sudah tiada. Tapi kami terpaksa suapkan jugak walaupun dia tak nak. Dah sakit kalau tak makan lagi bertambah sakit. Kalau silap makan jadi cirit-birit hanya untuk 2-3 hari je. Ini dah lebih dari hari yang dijangkakan. Kami pun membawanya ke klinik. Rupa-rupanya Anje terkena virus. Aku pun bukan berapa arif sangat pasal virus ni. Dahulu mak aku bela kucing tak pernah pergi jumpa doktor. Kucing-kucing pandai mencari daun-daun untuk dimakan sebagai ubat. Ingat manusia aje yang pandai makan ulam untuk kesihatan. Kucing pun pandai tau...Anje diberi 2 suntikan dan diberikan ubat makan. Alhamdulilah...hari ini Anje dah kembali sihat dan sudah ada selera makan.

Hari ni aku kena bawa Cici dan Ciko untuk diberi suntikan. Sebab kedua-duanya dah mula cirit-birit dan muntah-muntah. Selera makan masih ada dan semangat bermain masih aktif lagi. Kalau dah sakit teruk, doktor serba salah nak bagi injection. Sebab kalau nak bagi injection kucing harus sihat. Itu apa yang doktor beritahu semalam.

Di atas gambar terbaru Anje selepas sihat. Nampak kurus....Takpe dalam beberapa hari nanti dia pasti berisi balik. Dan semakin cute, cute dan cuteeeeeee....

salam akak dah tenguk dh kucing kucing sue,rasa mcm nk g je rmh sue mlm nie Tue 14-Apr-2009 14:28
Posted by:kak eda lisaizzatie@gmail.com
salam..dah baca dah pe yaang sue htr.meksh..insyaAllah akak akn cccuba pertimbangkan ya.pekabo kucing kucing.. Thu 16-Apr-2009 15:17
Posted by:kak eda lisaizzatie@gmail.com
Takpe, tu hanya apa yang ada je dlm internet je...kalau x minat tak apa....anak kucing semua sihat... Thu 16-Apr-2009 23:27
Posted by:Sue comel_kucingku@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Sunday, 29-Mar-2009 22:58 Email | Share | | Bookmark
Anje Keluarga Baru



Namaku Anje. Sekarang tinggal bersama keluarga angkat yang baru. Nama panggilan ibuku Sue. Sebelum ni tinggal bersama siapa pun aku kurang pasti. Kerana aku telah dibuang kemudian dipungut oleh Auntie Rodziah dan anaknya yang baik hati. Sedih hatiku bila mengenangkan nasib ini. Dirumah Auntie Rodziah aku mempunyai ramai kawan. Tapi akulah yang paling kecil berbanding mereka yang sudah besar bagak. Tinggal bersama Auntie Rodziah pun tak lama dalam beberapa hari je sebab dia pun mempunyai bilangan kucing yang agak banyak 13 ekor kesemuanya. Kemudian aku pun telah diserahkan kepada keluarga angkat baruku ini yang sememangnya meminati kucing. Aku yakin dia takkan buang aku pulak. Aku seekor kucing yang manja dan agak lincah jugak. Lasak tu tidak, lemah lembut tu ada. Aku bukan betina tapi jantan tau. Jantan sejati dan berwatakan macho. Wajah lebih hensom dari Ciko....tapi nama tak macho macam tuannya. Disebabkan aku manja jadi dia bagi namaku Anje...

Dalam keluarga baru ni aku mempunyai dua ekor kawan yang bernama Cici dan Ciko. Cici suka berkawan dengan aku manakala Ciko kurang berminat. Yelah...sebab dia jelous aku lebih hensom dari dia. Maybe Cici dah terpikat dengan aku kot. Antara dua ekor ni, aku lebih kecil lagi. Maybe umur aku baru sebulan setenggah. Umur bukan menjadi penghalang untuk aku bermesra dengan Cici dan Ciko. Asalkan aku comel dan manja...

Care to comment?


Thursday, 26-Mar-2009 10:51 Email | Share | | Bookmark
Kucing Idaman Masing-masing

Inilah kucing idaman masing-masing untuk Sue dan suami, tapi masih belum kesampaian lagi.
Sue paling minat kucing baka Persian. Manakala suami minat kucing baka American Curl.

Kucing Persian



Kucing American Curl



Macam mana, korang ada tak jenis kucing macam dalam gambar ni?

kucing syaa mcm kucing putih yg atas skali tu tapi dia warna hitam oren...sebelum beranak dia mmg gebu mcm gambo tu tapi pas beranak bulu ida gugur banyak dan makin kurus...risau Mon 6-Apr-2009 04:44
Posted by:firdee firdee82@yahoo.com
salam..mekasih atas email sue.akak dah tenguk dan dah amek mane mane yg boleh Tue 21-Apr-2009 17:30
Posted by:kak eda lisaizzatie@gmail.com
Add comment


Sunday, 22-Mar-2009 08:21 Email | Share | | Bookmark
Anak Bongsu Sue


Ini anak bongsu Sue. Nama panggilannya LALAN. Kalau nak tau dia ni dulu waktu lagi kecil memang penakut dengan kucing. Kalau kucing datang, dia akan menjauhkan diri dari kucing tu. Tapi sekarang dah jadi lain. Dia semakin berani. Setakat kena cakar dengan kucing pun tak berapa hairan sangat. Mandikan kucing pun dia suka. Cita-cita dia bila besar nanti nak beli rumah teres sebab boleh bela lagi banyak kucing. Mintak-mintak termakbul kata-kata anak Sue ni...Amin...

RE:ZAI PUN MMG HNATU DURIAN..TP SEKRG BELAH UTAQA DURIAN BARU BERBUNGA..

PETUA ZAI HARI INI 25MAC2009

Elak Biskut / kuih raya cepat lemau@hapak?

Sebelum menyimpan biskut/kuih raya anda ke dalam bekas, cuba taburkan sedikit gula pasir (janganlah sampai segengam wei!) ke dalam bekas berkenaan, kemudian tutup dengan tisu/kertas, barulah disusun kuih anda itu. Lepas itu tutup ketat-ketat. Kalau tak ketat, tupperware ke, tipuware ke, tin ware ke, botolware ke semua tak jalan

SALAM PETUA DARI
~ZAI KULIM~
Wed 25-Mar-2009 07:57
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
salam sue...wah...chomel2 kucing ni...kucing saya baru je 3 hari beranak...kucing saya tu kacuk parsi ngan kucing kampong biasa kot...tu pun org beri masa dia kecik...ni dah kali ke dua dia beranak...dulu 3 ekor tapi 2 ekor hilang n sekor mati ujung bulan lepas =(...sekarang beranak 4 ekor plak...mata pon x bukak lagi... =) Thu 26-Mar-2009 04:03
Posted by:firdee firdee82@yahoo.com
salam sue...wah...chomel2 kucing ni...kucing saya baru je 3 hari beranak...kucing saya tu kacuk parsi ngan kucing kampong biasa kot...tu pun org beri masa dia kecik...ni dah kali ke dua dia beranak...dulu 3 ekor tapi 2 ekor hilang n sekor mati ujung bulan lepas =(...sekarang beranak 4 ekor plak...mata pon x bukak lagi... =) Thu 26-Mar-2009 04:04
Posted by:firdee firdee82@yahoo.com  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Saturday, 21-Mar-2009 12:48 Email | Share | | Bookmark
Ciko & Cici

Inilah dia kucingku yang comel lagi cute Ciko & Cici menjadi penyeri hidup kami sekeluarga.
Setiap hari Ciko & Cici menjadi teman berbual Sue. Bukan apa nak ajar bahasa manusia.
Bila takde sapa nak layan kita berbual, ada jugak kucing yang sudi mendengar...hehehe...

Nama: Ciko
Umur: 2 1/2 bulan
Jantina: Male

- Sangat aktif dan agresif.
- Sangat manja berbanding Cici yang lebih cool.
- Pandai meraih simpati apabila inginkan sesuatu.
- Tangan dan kaki lebih lebar dari Cici.
- Suka bermain dengan tali.
- Tamak bila tengah makan. Dia akan menolak Cici
ke tepi supaya beri laluan padanya.



Nama: Cici
Umur: 2 1/2 bulan
Jantina: Female

- Sangat aktif
- Kurang manja nampak cool aje
- Suka memerhati Ciko bermain dengan tali
- Gemuk sikit berbanding Ciko


WELCOME TO FOTOPAGES....

SALAM PERKENALAN DARI AKAK ZAI KULIM...

DARI MANER NIE..??????

.BORING-BORING TU SINGGAH LER KAT FOTOPAGES AKAK..
LEH KITA KENAL-KENAL...
FOTOPAGES AKAK KAT http://zbintim.fotopages.com

P/S=DAN JANGAN LUPA SERTAKAN LINK FOTOPAGES KO SENDIRI..BUKAN PER SENANG AKAK NAK KEMBALI KAT FOTOPAGES.INI SEMULA....

BYE..CAU CIN ..CAU

PETUA ZAI HARI INI 24MAC 2009

Petua Elak Sinki Dapur Tersumbat

Sebenarnya garam kasar boleh berfungsi sebagai bahan pelarut bagi sisa-sisa yang tersumbat dalam saluran sinki. Masukkan garam kasar ke dalam lubang sinki dan kemudian curah dengan air panas. Pasti sisa-sisa tadi akan larut.

SALAM PETUA DARI
~ZAI KULIM~
Tue 24-Mar-2009 05:54
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.